Thursday 29 March 2018

Mirna 1

Lelaki bersut hitam itu melangkah masuk ke dalam kedai minuman John's Tavern. Dia berdiri di muka pintu sambil melihat sekeliling kedai. Beberapa orang pelanggan yang ada di dalam kedai itu memandangnya dengan seribu persoalan.

"Evening boys"Sapanya.

Semua orang yang memandang terus mengalihkan pandangan. Tidak peduli untuk membalas sapaannya.

Dengungan orang berbual kembali melatari suasana, Menyambung kembali aktiviti mereka yang terganggu sebentar tadi.

Beberapa orang lelaki separuh abad sedang bermain snoker di sudut yang disediakan. Kepulan asap yang terapung di udara tidak sedikitpun mengganggu permainan mereka.

Lelaki itu tidak terasa hati apabila sapaannya tidak dijawab. Dia berjalan ke bahagian kaunter minuman. Punggungnya dilabuhkan ke sebuah stoll tinggi bewarna hitam.

" Ay, Mate. Nak apa?" Seorang lelaki bertatu di lengan menegurnya.

Lelaki bersut hitam menyebut pesanan minumannya sebelum mengerling jam emas di tangan. Masih ada lima minit sebelum orang yang ditunggunya tiba.

"Kau lelaki dari kota tu, Kan?" Tanya Lelaki bertatu sambil meletakkan gelas berisi air pesanannya.

"Macam mana kau tahu?" Tanyanya kembali.

"Berita tersebar lebih laju daripada internet di Clawfornia ni. Lagipun, Penduduk di sini tak mungkin mampu memakai sut mahal macam kau. Heck, Simpanan seumur hidup aku pun belum tentu mampu beli jam tangan kau tu" Geleng lelaki bertatu.

Lelaki bersut hitam ketawa. Air minumannya disisip perlahan.

"Nampaknya penyamaran aku tak menjadi."

"Yeah, Penduduk di sini tak kisah apa kau nak buat. Asalkan kau tak membawa gangguan." Pesan lelaki bertatu.

"Aku janji. Tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang aku." Lelaki bersut hitam mengangkat tangan, Seolah mengangkat sumpah.

"Tapi, Aku tabik dengan kau. Semua orang pun tak berani dekat dengan rumah agam di pingir bandar tu.Ini pula kau nak bina hotel," Sambung Lelaki bertatu.

"Mereka tak perlu takut lagi selepas ni"Kata Lelaki bersut hitam dengan penuh keyakinan.

Lelaki bertatu menggeleng tidak percaya. "Aku tak pasti tentang tu. Rumah tu dah bertahun ditinggalkan. Selepas keluarga Henry, Tiada satu keluarga pun yang sanggup tinggal di situ lebih daripada sebulan. Tapi, Sekarang kau nak bina hotel?"

Dia pelik. Tanah di pingir pekan itu memang sudah lama ditinggalkan orang. Seingatnya cuma beberapa kali sahaja penghuni baru muncul untuk tinggal di rumah agam yang terletak di dalam hutan itu.

Kononnya ada usaha membaik pulih cuba dijalankan. Tetapi semua kerja pembinaan tidak dapat dijalankan. Semuanya akan berhenti selepas sebulan. Atau lebih kurang dari jangka waktu itu.

Kemudian sejak seminggu lepas, Muncul khabar mengatakan bahawa rumah agam tersebut akan dirobohkan untuk kerja pembinaan.

Sekali lagi.

"Kau akan berterima kasih selepas pekan Clawfornia ni dibanjiri pengunjung nanti. Dan selepas beberapa tahun, Mungkin kau mampu beli jam macam aku ni. Atau mungkin lebih"

"Ay. Semoga berjaya membina hotel kau di atas tanah tu. Tapi, Macam aku cakap, Tiada siapa yang mahu ke tempat itu selepas Keluarga Henry"Lelaki bertatu menunjukkan tanda kelar di lehernya dengan ibu jari.

Lelaki bersut hitam tersenyum. Dia sedar tentang perkara itu. Namun dia mempunyai sesuatu yang penduduk di Clawfornia ini tiada.

Destiny.

Dia melihat jam di tangan sekali lagi. Lelaki bertatu yang perasan gelagatnya menyuarakan soalan.

"Tunggu seseorang?"

Serentak dengan itu pintu kedai John's Club dibuka dari luar. Seperti tadi, Semua pengunjung menoleh ke arah pintu.

Kali ini bukan lagi seorang lelaki, Tetapi seorang gadis yang memakai baju luar berwarna hijau dengan gaun putih. Kasut but yang dipakainya kelihatan kusam seperti sudah lama digunakan. Sebahagian rambut hitamnya di bahagian kanan diikat dandan manakala yang lainnya pula dibiarkan lepas bebas tidak terikat.

Mata gadis itu meliar ke sekeliling sebelum berhenti pada lelaki bersut hitam yang sedang tersengih.

"Ay," Kata lelaki bersut hitam.

Gadis itu menghala ke arah lelaki bersut hitam. Tidak sukar baginya untuk meneka orang yang meminta bantuannya. Lelaki bersut hitam itu ibarat tikus di dalam sarang ular dengan gaya pakaiannya yang nampak mewah untuk pekan kecil seperti ini.

Setiap langkahnya menonjolkan keyakinan diri membuatkan lelaki bersut hitam menjungkit bibir. Harapnya gadis ini lebih bagus daripada langkah kakinya.

Gadis itu mengambil tempat di sebelah lelaki bersut hitam. Lelaki bertatu melirik gadis itu yang jelas kelihatan masih di bawah umur.

"Kid, Awak tak sepatutnya ada di sini." Lelaki bertatu bersuara.

"Jangan risau. Dia dengan saya" Balas lelaki bersut.

Lelaki bertatu menjungkit kening. Jari telunjuknya ditujukan ke arah si gadis.

"Anak kau?"

"Nope. Cuma seseorang yang akan bantu aku bina hotel tu."Jawab lelaki bersut hitam.

" Okay. Tapi dia takkan dapat minuman di sini"Beritahu lelaki bertatu.

"Tak perlu risau. Saya tak datang untuk minum." Suara gadis itu berkumandang perlahan seakan berbisik.

Lelaki bertatu kelihatan terkejut. Entah mengapa bulu romanya naik di seluruh badan apabila gadis itu mengeluarkan kata-kata.

Bagaikan mengetahui perkara yanh sedang berlaku, Lelaki bersut hitam menjungkit kening.

"Alrite," Balas lelaki bertatu sebelum berlalu untuk berbual dengan pelanggan lain.

Tetapi matanya sesekali dilirikkan kepada gadis yang menunduk ke bawah itu. Gadis misteri yang tidak diketahui dari mana kemunculannya. Hanya yang diketahui ialah namanya Destiny.

"Awak dah sedia?" Tanya lelaki bersut hitam.

"What is the story?"Tanya Destiny.

"Sejak 50 tahun lepas, Rumah tu tidak berpenghuni. Keluarga terakhir yang tinggal di sana, Mati dibunuh akibat kebakaran. Sepasang suami isteri dan tiga kanak-kanak. Laporan mengatakan mereka semua dibunuh sebelum rumah itu dibakar untuk menutup jejak rompakan"Lelaki bersut hitam memulakan penceritaan.

Destiny mengangguk. Tapi dia masih memerlukan maklumat tambahan.
"What about their family?"

"Datang dan ambil barang berharga yang masih terselamat. Ada pihak cuba baiki rumah tu balik, But then strange things happen"

"How strange?"

Lelaki bersut hitam menghabiskan minuman dengan sekali teguk.

"Itu yang kau kena siasat."


   Image result for abandoned houses in the woods

Rumah agam itu dibina 50 tahun lalu oleh Tuan Henry, Seorang saudagar kaya. Dia digelar Henry dermawan yang tidak lokek dengan bantuan kewangan kepada mereka yang memerlukan.

Namun pada suatu malam, Semua ahli keluarga Tuan Henry terbunuh dalam satu kebakaran. Dan sejak itu ada ura-ura mengatakan pekan ini berhantu. Semua penduduk yang melalui kawasan rumah Tuan Henry sudah faham agar tidak menoleh ke arah rumah ini.

Jika tidak, Hantu Tuan Henry akan mengikut anda ke rumah dan membuat kacau sehingga permintaannya dikabulkan. 

Penduduk terakhir yang ingkar dengan larangan tersebut mati membunuh diri akibat tidak tahan diganggu. Ada juga yang mengatakan bahawa Tuan Henry yang membunuh lelaki tersebut kerana permintaannya tidak dipenuhi.

Apapun yang berlaku, Di malam ini seorang gadis akan cuba merungkai misteri yang diperkatakan. Dan mungkin, Membantu hantu Tuan Henry untuk kembali ke tempat yang sepatutnya.

Sebuah kereta Ford Ranger hitam berhenti tidak jauh dari rumah agam tersebut.

"Awak perlu apa-apa?"Lelaki bersut hitam menyoal.

Destiny menoleh ke arahnya dengan pandangan kosong. Lelaki bersut hitam menoleh ke arah dua orang bodyguardnya yang turut berada di dalam kereta. 

"Just asking"Kata lelaki bersut hitam.

Gadis itu membuka pintu kereta, Melangkah keluar dari perut kereta.

"Kau kena pergi dari sini"Katanya lantas menutup pintu.

"Kau pasti?"

Soalannya tidak dijawab. Destiny memusingkan badan sebelum melangkah ke hadapan, Menuju ke rumah agam yang dipenuhi dengan hutan.

Kedua orang bodyguardnya ketawa selepas gadis itu menghilang dari sebalik kabus.

"Bos, Mana bos jumpa dia?" Tanya bodyguardnya yang duduk di sebelah pemandu.

"Dia yang jumpa aku." Lelaki bersut tersenyum.

"Cute tapi kind of crazy" Balas bodyguardnya. "So, Kita nak tunggu atau berambus?"

Lelaki bersut hitam berfikir sejenak sebelum mengarahkan untuk berlalu pergi.

"Aku tak mahu Tuan Henry cari aku pula nanti. Kau mahu?"


         Sambil berjalan mata Mirna melihat-lihat bahagian hadapan rumah agam yang mempunyai dekorasi seperti sebuah istana.

Di sebalik kesan kebakaran, Mirna pasti rumah ini dahulunya merupakan sebuah rumah yang melambangkan status kekayaan pemiliknya.

Bunyi burung hantu yang bertenggek di sebuah pohon pokok tidak sedikitpun menggentarkan hatinya. Kata orang, Jika burung hantu berbunyi menandakan seorang ahli sihir berada berdekatan.

Mirna menoleh ke kanan. Sebuah taman permainan menjadi tatapan matanya. Mirna memejamkan mata.Dia boleh mendengar suara riang kanak-kanak yang bermain di situ.

Tiga orang budak.

Seorang lelaki dan dua perempuan.

Mereka kelihatan gembira sebelum pemandangan itu digantikan dengan api yang marak.



Pantas kelopak matanya dibuka semula. Mirna menarik nafas sebelum meneruskan perjalanan. Dia tidak mahu berterusan memerhatikan kenangan yang pernah berlaku di sini.

Langkah Mirna terhenti seketika di hadapan pintu rumah agam itu yang sudah terkopak. Hanya menanti masa untuk rebah jatuh ke lantai.

Mirna menundukkan badan sebelum masuk melalui lubang yang muat-muat untuk dirinya. Dengan penuh berhati-hati dia melangkah, Mengelak daripada menyentuh mana-mana bahagian dalam rumah ini.

Dan kemudian dia merasakannya. Satu aliran sejuk yang mengalir dari kaki dan menjalar sehingga ke lengan. Sementara itu suhu di sekelilingnya bertambah sejuk, Menandakan kehadiran makhluk yang menjadi sebahagian dariada hidupnya.

Spirit.



No comments:

Post a Comment

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...