Friday 16 July 2021

Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selepas kematian ibu korang," Prof.Basil menerangkan kepada Chorong dan Jeomin.

"Okay" Jawab Chorong.

"Got it." Jawab Jeomin.

"Dan juga, kita tidak tahu pihak mana yang juga sedang mencari anak saudara saya tu. Oleh itu, kita bertiga harus berwaspada setiap masa. Stay low everytime. Kalau ada sebarang perkara yang yang mencurigakan, tolong report pada saya immediately." Pesan Prof. Basil lagi 

Walaupun kedatangan mereka berdua ke sini adalah secara sukarela, namun dia tetap terasa bertanggungjawab atas keselamatan mereka.

"Baik Prof. Tapi, esok apa rancangan Prof? Sebab bandar ni bukan kecik. Mana kita nak mula cari dia. Even, sebarang petunjuk pun kita tak ada tentang anak saudara Prof. Cuma yang kita tahu dia ada di bandar ni. " Tanya Jeomin.

"Kalau ikut perkiraan saya, anak saudara saya sekarang sudah berusia 18 tahun. Jadi, saya akan cuba mencari dia di sekolah yang ada di bandar ni. Chorong akan ikut saya sebab dia sahaja yang boleh membaca masa hadapan. Mungkin, awak boleh nampak dia nanti dengan lebih jelas." Beritahu Prof.Basil.

Chorong mengangguk faham.

Prof.Basil menyambung, memberitahu pekerjaan Jeongmin.

"Awak Jeongmin, saya tugaskan awak menyiasat sebarang aktiviti luarb yang berlaku di bandar ni. Saya yakin pihak satu lagi sudah melakukan langkah untuk mendapatkan anak saudara saya.
Saya khuathir mereka sudah terlebih dahulu tahu identiti dia sebelum sempat kita membuat apa-apa." 

Jeomin angguk faham."Consider it done, Prof." 

Prof. Basil tarik nafas lega. "Kalau semua dah faham, kita akan mulakan misi esok pagi. Sekarang saya minta diri dulu. Saya perlu buat laporan kepada Madam Eloisa." 

Prof.Basil meninggalkan Jeongmin dan Chorong di meja makan. Jeongmin juga bangun dan dan menuju ke pangkin di belakang rumah.

Dia mahu merokok, satu-satunya cara yang dia tahu untuk melepaskan tekanan. Misi ini nampak mudah tetapi sebenarnya mereka berhadapan dengan soal hidup dan mati.

Lebih parah apabila pihak yang ingin mendapatkan anak saudara Prof. Basil masih kekal misteri.

Siapa mereka? Apa tujuan mereka mencari anak saudara Prof.Basil? Adakah mereka berniat baik atau sebaliknya? 

"Kau merokok lagi? Ingatkan dah berhenti?" Tegur Chorong. Dia berdiri di pagar pangkin, agak jauh dari Jeongmin. Dia tidak tahan bau rokok.

"Stress. Nanti aku berhentilah" Jawab Jeong Min. Asap rokok dihembus dari mulut. 

"Hei, aku nak tanya kau." Chorong memeluk tubuh. 

"Apa?" 

"Kenapa kau join misi ni?" Tanya Chorong ingin tahu. 

Masa die terima kerja membantu misi Prof.Basil ni, tidak pula dia sangka akan ada Jeongmin sekali. 

Sebenarnya bukan mereka berdua sahaja, tetapi 
ada beberapa orang lagi yang yang mengikuti misi ini. Cuma dia dan Jeongmin terpilih untuk ke dunia manusia atas sebab yang yang  diketahui oleh Madam Eloisa dan Miss Jua.

 Kata Madam Eloisa, The less information you know, the better.


"Apasal kau nak tahu?" 

"Just curious. Bukan kau dapat panggilan jadi polis ke?" 

Jeongmin melirik Chorong. "Kau tahu?" 

Dia memang baru sahaja menerima surta tawaran sebagai anggota polis dan diminta melaporkan diri ke jabatan. Tetapi, sehari sebelum dia menjawab surat tersebut, dia mendapat tahu Prof.Basil ingin mencari anak saudaranya yang hilang.

Pejam mata sahaja Jeongmin meminta kepada Madam Eloisa untuk melibatkan diri dalam misi ini walaupun terpaksa melepaskan cita-citanya yang satu itu untuk menjadi pegawai polis.

"Aku dengar customer aku cakap dengan salon. You know, girls talk." Beritahu Chorong.

Jeongmin menghisap rokok dalam, menghembuskan kepulas asap aang berkepul-kepul ke udara. 

"Aku cuma nak balas budi Prof. Kalau bukan sebab dia, aku takkan jadi manusia berguna. Nak harapkan bapak aku, memang taklah." 

Chorong tahu maksud Jeongmin. Lelaki itu berasal dari keluarga porak- poranda. Ayahnya kaki pukul manakala ibunya pula selalu mabuk. Jeongmin yang memberontak sering kali membuat hal sehingga akhirnya dibuang sekolah.

Dia diterima ke Whisper Hollow kemudiannya oleh Madam Eloisa. Di akademi inilah, hidup Jeongmin berubah seratus peratus. Apatah lagi apabila dia dididik oleh Prof.Basil. 

Lelaki ini bukan sahaja bertindak sebagai pendidik, tetapi  menjadi father figure kepada Jeongmin. Prof. Basil menyelamatkan Jeongmin dari terus tenggelam dalam asakan dunia yang kejam.

"Kau pula? Apasal kau join misi ni?" Tanya Jeongmin.

"Sebab Prof.Basil perlukan aku." Chorong mengangkat bahu. 

Jeongmin senyum kecil dengan jawapan bijak Chorong. Tapi dah tentulah dia tak bodoh untuk percaya.

"Right."

"But, hey. Kau tahu tak kisah pasal adik Prof..apa namanya? Pete...Peter. yup, Peter."

"Tak. Cerita apa?" 

"Well, katanya adik dia kahwin dengan Lenashee,"

Jeongmin ketawa. "Kalau tak membawang bukan perempuan la namanya. Ni, customer kau beritahu jugalah ni?" 

"Well, kalau kau maksudkan Sabrina yang beritahu masa dia datang nak blonde rambut die kat saloon aku, then yes,"

Jeongmin terdiam ketika mendengar nama Sabrina. Gadis itu merupakan dalamnkalangan kawan-kawan mereka juga. Dan dia tahu gafis seperti Sabrina bukan jenis yang suka menaburkan gosip liar lagi murahan.

Selalunya informasi  yang disampaikan oleh Sabrina adalah seratus peratus benar. Padanlah dia memegang jawatan presiden kelab wartawan semasa di akademi dahulu sebelum bekerja sebagai jurnalis selepas mereka graduate.

Jeongmin sedut rokok, menghembuskan asap asap sebelum membaling puntung ke bawah. Puntung yang masih bernyala dipijak dengan sneaker untuk memadamkan api.

"Lenashee?" 

"I know...cool right? I wonder how she will look like, anak saudara Prof tu. Mesti cantik kan? Atau...." Chorong buat muka hantu, meletakkan jari telunjuk pada bibir atas tanda gigi taring.

Lenashee atau Leann sidhe merupakan makhluk yang menyerupai wanita cantik. Mereka akan mencari pemuda dan menjadikan mereka sebagai lover. 

Untuk membebaskan diri, pemuda tersebut perlu mencari pengganti dirinya sebelum dibebaskan oleh Leann sidhe.

"Kau jangan fikir yang bukan-bukan. Esok kau juga yang nak kene cari muka anak saudara prof tu. " Pesan Jeongmin.

"Eh, ya jugakan?" Chorong pantas menutup mulut. Menyesal kerana membayangkan yang yang bukan-bukan.

"Tak kisahlah muka dia macam mana pun. Rupa bukan ukuran paling penting. Cuma yang aku risau sebab kita tak tahu apa-apa pasal anak saudara prof. Entah dia tahu atau tidak kewujudan dunia magis. Lagi satu, sekarang ni bukan kita je yang tengah cari dia. Ada pihak misteri yang kita tak tahu siapa. " Jeongmin memegang pagar pangkin. 

Dia risaukan keselamatan Prof dan Chorong. Kerana esok mereka akan berpisah mengikut tugasan masing-masing. 

Tadi sewaktu prof menjelaskan tentang operasi mereka, dia mahu membantah. Kalau boleh biar dia mengikut sekali Chorong dan Prof menjelajah ke semua sekolah di  bandar ini. 

Tetapi dia sedar, mencari jejak musuh juga penting bagi mencari identiti mereka yang sebenarnya. 

"I know. Tapi, aku tak boleh tidur fikirkan esok" Beritahu Chorong.

"Ouh. Kenapa tak cakap," Kata Jeongmin.

"Apasal?"

"Aku boleh temankan kau." 

"Hotak kau," Chorong membuat muka masam. 

Jeongmin gelak. "Guraulah. Kau takut ke nak pergi esok?" 

"Bukan. Aku takut kalau aku fail nak cari anak saudara Prof. Basil. Aku kesian kat prof, dah lama dia cari adik dia tu. Rupanya dah meninggal. Dan sekarang anak sedara dia pula entah kat mana"Chorong menyatakan kegusaran.

"Jadi, janganlah fail."Balas Jeongmin sambil gelak. 

"Ish, dahlah. Baik aku naik atas. Cakap dengan kau ni buat sakit hati je."Chorong bergerak ingin masuk, meninggalkan Jeongmin yang masih ketawa. 

"Hei, Chorong," Panggil Jeongmin ketika Chorong baru memulas tombol pintu.

"Apa?!" Chorong berpaling ke belakang. 

"Kau sure tak nak aku teman tidur?"


***


Mirna menaiki teksi untuk pulang ke istana. Dia gundah gulana memikirkan kehilangan Peter. Mungkinkah Peter pulang ke istana tanpanya?

"Adik sure nak turun sini?" Tanya pemandu teksi sesudah mereka sampai. 

"Saya tinggal kat sini," Jawab Mirna.

Pemandu teksi memandang pelik ke arah Mirna sewaktu Mirna menghulurkan wang. Pun begitu dia mengambil juga duit yang dihulurkan oleh Mirna. 

Sebaik Mirna turun, pemandu teksi menekan minyak dan meninggalkan asap hitam yang berkepul-kepul. Mungkin dia menyangka Mirna ini hantu. 

Mana ada orang yang tinggal di stana terbiar  atas bukit ini.

Mirna mengeluh. Dia dah biasa. 

Sebaik pemandu teksi menghilang di sebalik pagar batu yang sudah runtuh di beberapa bahagian, Mirna berlari masuk ke dalam istana.
Kepulangannya disambut oleh beberapa spirit dengan gembira. 

Tetapi kegembiraan mereka kaku apabila melihat wajah mencuka Mirna. Apabila disoal mengenai Peter, mereka semua mengatakan bahawa Peter tidak pulang. 

Mata Mirna mulai berkaca. Di mana peter?

"Mirna...." 

Mirna mendongak. Spirit King Kurf melayang menuruni tangga sebelum terapung di hadapannya.

"King Kurf, Peter...dia dah hilang" Lutut Mirna terasa longlai. Dia jatuh melutut, meraung menangisi Peter. 

Thursday 15 July 2021

Mirna 8

Woo Bin duduk di bangku yang menghadap ke arah padang bola. Sengaja ingin melepak di situ selepas habis waktu kelas. Undangan rakan-rakannya untuk melepak ditolak. Dia ingin bersendirian.

Sudah lima hari berturut-turut Mirna tidak muncul. Telefon bimbitnya juga ditutup. Semalam Woo Bin kembali ke istana lama yang untuk mencari Mirna. Tetapi gadis itu tiada di sana.

Woo Bin mengelus rambut kasar. Dia benar-benar risau. 

"Woo Bin," Dae Hee tiba-tiba muncul. Dia berjalan laju sebelum duduk di sebelah Woo Bin.

Sejak akhir-akhir ini dia perasan dengan perubahan yang berlaku pada Woo Bin. Pada mulanya dia menyangka Woo Bin sekadar mendekati Mirna kerana tugasan assignment.

Lagi pula tidak mungkin Woo Bin akan menyukai gadis seperti Mirna.Tapi kini, Woo Bin macam ibu ayam kehilangan anak.

"Apa?" Jawab Woo Bin malas. Kalau Dae Hee mahu memujuk dia untuk melepak bersama dengan geng mereka, dia akan tetap menolak

Dia tiada mood. Di fikirannya dia hanya mahu mencari Mirna. 

"Apa dah jadi dengan awak ni?" Tanya Dae Hee.

Dia geram apabila mendengar khabar angin yang kini sedang hangat diperkatakan tentang Woo Bin dengan Mirna. Bayangkan sahaja lelaki popular seperti Woo Bin bersama dengan gadis pelik seperti Mirna. 

"Apa maksud awak ni? Boleh tak terus-terang," kata Woo Bin. Malas betul dia mahu bermain teka-teki dengan Dae Hee.

"Pasal budak weird tu. Jangan cakap awak tak tahu pasal cerita awak dengan dia." Kata Mirna dengan nada geram.

"Oh, pasal saya dengan Mirna tu ke?" Woo Bin masih berlagak selamba.

"Mestilah. Awak dah kene rasuk dengan budak pelik tu ke apa?" Dae Hee genggam jari. Geram dengan sikap acuh tak acuh Woo Bin.

Selama ini satu Fortuna High pun tahu, bahawa dia dengan Woo Bin adalah pasangan yang sepadan. Dan dia yang sepatutnya menjadi teman istimewa Woo Bin, bukan budak pelik macam mayat hidup tu.

"Nama dia Mirna. Dia ada nama, ok?" Tegas Woo Bin. Dia melihat Dae Hee dengan pandangan tajam.

Dae Hee terkejut dengan perubahan Woo Bin. 

"For real? Sejak bila awak dah pandai ambik side dia ni? Awak tak takut ke kalau reputasi awak terjejas. Remember Woo Bin, dia bukan dalam circle kita," Dae Hee mengingatkan Woo Bin.

Takkanlah Woo Bin sanggup menurunkan populariti diri semata-mata untuk budak perempuan tu. 

"Dia bukan macam yang korang fikirkan. Saya tak nampak apa yang pelik pasal dia. Sebaliknya saya lagi pelik sebab bandar ni langsung tak bagi bantuan pada dia. Dahlah bawah umur, and she got nobody. Terpaksa tinggal di tempat terbiar tanpa perlindungan. Even cikgu pun tak peduli dia tak datang kelas." Woo Bin mempertahankan Mirna. 

Setelah mengenali Mirna, dia nampak sisi sisi lain pada gadis itu yang disembunyikan. Memang kadang-kadang dia perasan juga dengan sikap pelik yang dikatakan seperti bercakap seorang diri. Tapi anehnya dia tidak pula nampak Mirna sebagai orang gila. 

Cara Mirna bercakap pun seperti manusia normal, walaupun dia tidak nampak orang yang yang sedang berbual dengan Mirna.

"Sebab dia sendiri tak minta bantuan. Tiada siapa pun tahu dari mana dia datang, dan dia langsung tak bersosial. Woo Bin, saya nak awak stop berkawan dengan dia," Arah Dae Hee.

"Kenapa pula saya nak buat macam tu?" Woo Bin pelik dengan arahan Dae Hee.

"Ini bukan permintaan saya je, tapi kawan-kawan yang lain jugak. Kami tak boleh terima kalau awak terus bergaul dengan dia. I mean, what were you thinking?" 

Woo Bin bangun dari tempat duduk. "Kau atau sesiapapun takde hak nak halang aku Dae Hee. Remember that," 

Dae Hee ternganga apabila ditinggalkan oleh Woo Bin. Sangkanya dia akan berjaya memujuk Woo Bin supaya tidak lagi berkawan dengan Mirna. Tetapi sebaliknya Woo Bin lebih memihak kepada kawan barunya itu.

Maruah Dae Hee tercabar. Reputasinya pasti terjejas jika Woo Bin lebih memilih Mirna. Dia tidak akan melepaskan Woo Bin kepada Mirna. Woo Bin adalah miliknya. 

"Jaga kau freak girl," Dae Hee menyimpan dendam.


***


Mirna membuka mata. Sinar matahari yang menyinar melalui dedaunan pohon mengganggu lenanya. Semalam seharian dia berlatih di kawasan perkuburan ini. Dan tidak tahu sejak bila dia tertidur.

Perkara terakhir yang diingat olehnya adalah mengumpulkan tanah kubur seperti yang yang dipesan oleh Peter.

Dan tanah yang dimaksudkan itu pula perlu diambil dari kubur anak gadis yang masih suci. Dalam ribuan kubur di sini, Peter menyuruhnya mencari sendiri.

Mirna melihat kiri dan kanan.

"Peter?!" 

Peter tidak kelihatan. Hanya yang kedengaran ialah bunyi kicauan burung. Mirna bingkas bangun. Dia kaget kerana Peter tidak pernah meninggalkan dia seperti ini. Malah, selalunya Peter akan membangunkan dia dari tidur. 

Ke mana lelaki itu pergi? 

Selalunya Peter akan beritahu dahulu. Tidak pernah pula dia menghilangkan diri begini. Apatah lagi di tempat asing.

"Peter!" Mirna menguatkan suara. Dia telan liur apabila Peter masih tidak muncul. 

"Hey, apa yang kamu buat kat sini?!" Jerkah satu suara.

Mirna terkejut sehingga bahunya terhinjut. Dia berpaling ke belakangn seorang pak cik tua berpakaian cleaner separa berlari menuju ke arah Mirna. Sebatang kayu lidi dipegang di dingan kanan. 

Mungkin tadi dia ingin membersihkan kubur sebelum mendengar suara jeritan Mirna.

"Kamu buat apa di sini?" Bulat mata Pak cik tua itu itu melihat barang-barang Mirna yang berada di antara empat buah perkuburan. 

Kawasan perkuburan ini sudah seringkali diceroboh. Selalunya penagih dadah atau budak-budak nakal yang melakukan vandalisme.

Mirna mengecilkan mata. Mata pak cik tua di hadapannya dipandang dalam-dalam. Dalam sekejap, Mirna telah menguasai minda lelaki tua itu. 

"Kau tak nampak aku di sini," Mina bersuara perlahan, begitu perlahan ibarat ditiup angin.

Kayu lidi yang dipegang oleh pak cik tadi terlepas dari pegangan. "Aku tak nampak sesiapa di sini,"

Bagai dihipnosis, pak cik tua tadi menyebut semula ayat yang diucapkan oleh Mirna. Beberapa saat kemudian dia seolah-olah tersedar daripada tidur.

Dia melihat sekeliling dengan bingung, dan kemudian mengangkat kaki meninggalkan Mirna. 

Mirna menarik nafas lega. Mujur dia sempat mengenakan magic memory kepada pak cik tadi, seterusnya menghilangkan memori lelaki itu tentang kehadirannya di sini.

Tapi dia perlu segera meninggalkan tempat ini sebelum orang lain muncul. Mirna melutut, mengutip dan dan menyimpan semula lilin hitam serta buku nota summon spirit yang bertaburan di atas rumput ke dalam beg galas. 

Dia tidak tahu ke mana Peter menghilang, tetapi yang pasti sekarang ini dia harus pulang. 

Tuesday 24 November 2020

Mirna 7


Chorong  (Apink)


Jeong Min (Boyfriend)



Onur Tuna as Prof. Basil


Chorong dan Jeong Min, dua orang bekas pelajar Prof.Basil menyertai lelaki itu untuk turun ke dunia manusia. Mereka sebenarnya sudah lima tahun graduasi dari Whisper Hollow Academy tetapi sehingga kini masih belum mempunyai pekerjaan tetap meskipun terkategori dalam pelajar dekan.

Jeong Min, pemuda ini memiliki kuasa Animal Charmer, iaitu kuasa untuk menjinakkan haiwan. Ibu dan ayahnya mempunyai kuasa magis yang sama menjadikan Jeong Min seorang magis neutral. 

Chorong, gadis manis dari keluarga sederhana ini membuka salon sendiri sejak berumur 15 tahun. Salon pertamanya ialah di asrama bertempat di Whisper Hollow Academy. Kuasa yang dimiliki beliau sama seperti Mrs.Jua, iaitu precogniton, magis yang bisa melihat masa hadapan.

Jeong Min melirik Chorong dari atas ke bawah. Gadis itu kelihatan relaks dengan dress merah hati separas lutut yang tersarung di tubuh. Kasut tinggi jenama vucchi, keluaran syarikat ternama yang terkenal dari negara angin membaluti kaki Chorong.

Chorong satu-satunya wanita yang memecah tradisi dunia magis. Individu yang memiliki kuasa precognition selalunya tidak pernah kisah dengan penampilan diri. Contohnya seperti Mrs.Jua yang seringkali muncul seperti wanita itu tidak pernah mandi. Tetapi Chorong sentiasa kelihatan seperti beliau seorang beauty queen.

Jeong Min mengubah hala pandangan tatkala Chorong melirik dengan pandangan tidak senang ke arahnya. 

"Snob," Kata Jeong Min dengan nada yang hanya bisa didengari olehnya. 

Proffesor Basil melihat jam di tangan. Sudah tiba masanya untuk mereka berangkat ke daerah yang dimaklumkan oleh Mrs.Jua. 

"Its time." Prof. Basil memberitahu Chorong dan Jeong Min. 
"Kamu berdua, betul sanggup ikut saya ke sana?" 

Prof.Basil masih ragu-ragu dengan keputusan Madam Eloisa agar membawa Chorong dan Jeong Min bersama. Baru semalam dia mendapat tahu tentang keputusan Chorong dan Jeong Min untuk turut serta. Madam Eloisa, seperti biasa wanita itu mengatur rancangan tanpa pengetahuan sesiapa. Hendak dihalau budak berdua itupun sudah terlambat.

Mereka berdua masing-masing sudah bersedia emosi dan fizikal untuk turun ke dunia manusia. 

"Saya takkan balik, Prof. Besides, saya bosan asyik uruskan salon. Adventure seems a bit of fun,"Chorong meyakinkan Prof.Basil.

Madam Eloisa sudah menerangkan dengan jelas misi yang bakal dihadapi. Ibarat mencari jarum dalam jerami, kejayaan untuk menemui anak saudara Prof.Basil bukan satu jalan yang mudah.

Tetapi sebagai bekas pelajar Whisper Hollow Academy, berputus asa bukan satu pilihan. Jika tidak, sia-sia sahajalah dia memangku gelaran Whisperian.

Jeong Min mengangguk, mengakui kata-kata Chorong. "Betul. Tambah-tambah bila misi melibatkan hantu, dunia kegelapan, makhluk yang tak boleh dilihat dengan mata kasar,"

"Shut up, Jo" Bidas Chorong. Dia tahu Jeong Min mahu mematahkan semangatnya. 

"Aku cuma nak ingatkan, teammate." Usik Jeong Min.

"Diam. Dan aku bukan mate kau,"

Prof.Basil mengukir bulatan di sebuah tanah lapang. Berlainan dengan magician lain, beliau jarang menggunakan Sky Train untuk ke destinasi tertentu.

"Cakap besar. Kau ingat misi kali ni macam kerja kat salon kau tu ke?" Jeong Min memperkecilkan Chorong.

Dia sebenarnya tidak setuju dengan penglibatan Chorong. Baginya misi kali ini tidak sesuai untuk diikuti oleh kaum wanita. Apatah lagi wanita seperti Chorong.

"Looks who is talking. Kau ingat kau dah segak sangatlah dengan rambut ala-ala korea kau tu? Dah rupa orang tak mandi seminggu je aku tengok." Perli Chorong.

Rimas dia dengan gaya rambit serabai bersepah Jeong Min. Gaya rambut tersebut memang menjadi tred, malah menjadi permintaan tertinggi di salonnya. Tetapi melihat Jeong Min dengan gaya rambut tersebut membuatkan dia ingin membakar biji matanya.

"Kau tau Prof tengah buat apa?" Jeong Min mendapat akal untuk mengusik Chorong ketika Prof.Basil separa siap membuat bulatan dengan sebuah paket berisi serbuk putih.

"Apa kau ni?" Chorong rimas. 

"Serbuk putih tu bukan bedak yang kau taruk kat muka. Itu serbuk tulang kau tau. Abu tengkorak anjing hitam yang telah dibakar." Jeong Min ketawa selepas memberitahu Chorong.

Bagi wanita yang sentiasa memastikan dirinya up to date dengan fesyen dan kecantikan, Chorong pasti akan terasa jelik dengan maklumat yang disampaikan oleh Jeong Min.

"Tak takut pun." Chorong menjelir lidah.

"Come," Prof.Basil meregangkan tangan selepas selesai menghasilkan bulatan, mengisyaratkan kedua-dua bekas anak muridnya maju ke hadapan.

Chorong yang terlebih dahulu mara ke depan untuk menyambut tangan Prof.Basil. Dengan kuasa magis, kedua buah beg besar yang dibawanya mengikuti langkah Chorong dengan sendiri.

Jeong Min pula hanya membawa sebuah beg travel sandang belakang dengan menjinjit sebuah beg sederhana besar. Typical lelaki setiap kali mengembara, kalau sehelai sepinggang pun tiada masalah.

"Sebelum kita memulakan perjalanan, berjanji dengan saya walau apapun yang berlaku, jangan lepaskan tangan saya, faham?" Pinta Prof.Basil.

Chorong mengangguk. Dia tidaklah sebodoh yang disangkakan Jeong Min. Dia tahu serba-sedikit mengenai ilmu Necromancer. Jika Prof.Basil menasihati begitu, pasti ada akibat buruk yang bakal berlaku jika mereka ingkar.

"Errr, kenapa Prof?" Tanya Jeong Min.

"Jangan banyak tanya" Dengan nada tegas Prof.Basil menjawab pertanyaan Jeong Min.

Chorong memegang erat tangan Prof.Basil dengan kedua belah tangan. Cuak. Risau. Segala perasaan bertamu di dalam dada. 

Jeong Min tidak dapat dibaca perasaan yang sedang bermain di dalam dada. Riak wajahnya masih selamba.

Setelah Chorong dan Jeong Min memegang tangannya, Prof.Basil membaca spell transportation untuk membawa mereka ke dunia manusia. Bahasa yang digunakan oleh Prof.Basil pernah didengari oleh mereka, tetapi tidak difahami oleh Chorong dan Jeong Min. 

Bulatan serbuk putih yang dihasilkan Prof.Basil mengeluarkan cahaya hitam. 
Beberapa saat kemudian, satu suara ibarat jeritan kedengaran di cuping telinga Chorong. Jeong Min pula menelan liur apabila merasakan sebuah tapak tangan melekap di kedua buah bahu. 

Tanah di bawah kaki mereka terasa bergegar seperti sedang berlakunya gempa bumi, membuatkan perut mereka terasa loya. Pautan tangan Prof.Basil yang kuat membuatkan tapak tangan Chorong dan Jeong Min terasa seperti direnyuk sehingga hancur.

Perkara terakhir yang diingati oleh Chorong dan Jeong Min adalah satu angin kuat yang membuatkan tubuh mereka seperti dihempas ke perut bumi. Dalam sekelip mata tubuh Chorong dan Jeong Min hilang dari pandangan, meninggalkan bunyi jeritan mereka berdua.

***
Mirna menopang dagu ke luar tingkap komuter. Hari ini dia tidak hadir ke sekolah. Malah sebenarnya dia tidak akan hadir untuk beberapa hari yang seterusnya kerana Peter secara tiba-tiba memberitahunya bahawa mereka perlu ke satu tempat.

Mirna tidak tahu ke mana Peter ingin membawanya pergi. Seperti biasa, dia hanya menuruti arahan yang diberikan oleh Peter. 

Peter faham, Mirna sebenarnya sedang marah. Sejak akhir-akhir ini, Mirna sudah pandai memberontak. Segala arahannya seringkali dipertikaikan oleh Mirna. 

Dia mengakui kata-kata King Turf. Dia tidak akan mampu menjaga Mirna selamanya. Tiba saatnya nanti, dia harus melepaskan Mirna pergi. 

"Mirna" Panggil peter.

Mirna menoleh ke arah Peter. "What?" 

Peter lega. Reaksi Mirna menandakan gadis itu tidak lagi dikuasai aura marah. 

"Awak ingat tak lagi, first time kita jumpa?"  

"Ingat." Balas Mirna sambil mengangguk.
"Masa kat rumah anak yatim."

Perkataan anak yatim membuatkan hati Peter bagai dihiris. 

Kerana dia, Mirna menjadi anak yatim.

Kerana dia, Mirna merana.

Dan Mirna langsung tidak tahu tentang perkara itu.

"Tapi kenapa awak tanya? Saya kalau boleh tak nak ingat pun pasal neraka tu." Wajah Mirna mencuka. 

"Maaf," Kata Peter.

Mirna menjungkit bahu." Takpe. Sekurangnya saya bersyukur sebab jumpa dengan awak kat sana. Lepas awak datang, dah tak ada orang berani buli saya. Puan Pun dah jadi takut dengan saya" Mirna ketawa mengenangkan memori lama.

Dia tidak pernah tahu identiti ibu dan bapanya yang sebenar. Sejak mengenal dunia, Mirna hanya tahu bahawa dia dijual ke rumah anak yatim ini sejak bayi.

Selama lima tahun, hidupnya ibarat neraka.
Dibuli oleh anak-anak lain yang lebih besar, dipukul oleh Puan Penjaga Rumah anak yatim, dibiarkan kelaparan. Semuanya menjadi inti hidup Mirna. 

"Saya cuma terfikir, awak tak nak tahu ke tentang ibu dan ayah awak." Peter bersuara perlahan. Berdebar dadanya menantikan jawapan daripada Mirna.

"Saya tak nak tahu pun. Puan cakap, saya dibuang. Sebab mak dan ayah saya tak nak bela saya" 

"Awak percaya cakap dia?" 

Mirna menjungkit bahu. " Entahlah. Kadang saya macam tak percaya. Sebab yalah, Puan tu pun bukannya murni sangat hatinya. Truth is, saya pernah berharap yang Puan menipu. Ibu dan ayah saya tak buang saya, mereka cuma tak mampu nak jaga saya. Mungkin, satu hari nanti mereka akan datang, dan selamatkan saya dari neraka tu. Tapi, by time saya dah berhenti berharap. Saya dah tak peduli pasal tu semua." 

"Kenapa? Awak tak nak jumpa ibu dan ayah awak?" Peter menelan liur. 

"Yes. Sebab saya dah ada awak. Awak yang selamatkan saya Peter, awak yang bawa saya keluar dari rumah tu sebelum saya kene jual. Bukan ibu atau ayah yang saya harapkan" Jelas Mirna.

Peter bungkam. Kalaulah Mirna tahu hal yang sebenar, adakah Mirna akan membencinya?

"Mirna, andai kata suatu hari nanti saya dah tak ada dengan awak...."

"Tapi awak takkan ke mana-mana kan?" Awak dah janji dengan saya, Awak akan jaga saya," Mirna memegang lengan Peter dengan kedua belah tangan. 

"Mirna..."

"Awak tak boleh pergi. Walaupun awak suka membebel, tapi saya sayangkan awak, Peter.  Janji yang awak takkan tinggalkan saya" Mata Mirna bercahaya dengan air mata. 

Sungguh, dia sangat takut akan kehilangan Peter. Walaupun dia tahu, spirit harus meninggalkan alam ini apabila tiba masanya. 

"Kalau saya tak ada, Woo bin ada untuk jaga awak." Peter gosok rambut Mirna. 

"Janganlah gurau," Mirna tarik muncung. 

Tapi tiba-tiba sahaja dia menjadi rindu kepada Woo Bin. Mirna risau juga andai lelaki itu mencarinya di istana terbiar itu. 

"Awak suka dia?" Tanya Peter. Senyuman nipis terukir di wajahnya.

"Taklah. Siapa nak saya yang freak ni" Dalih Mirna. 

Memang itulah kenyataannya, kan? Dia hanyalah si pelik yang boleh bercakap dan mengawal spirit, makhluk yang tidak dapat dilihat oleh manusia normal lain.

Mirna sudah memahatkan kenyataan itu di dalam kepala otaknya. Untuk itu, dia tidak akan jatuh hati dengan mana-mana lelaki termasuk Woo Bin.

Terutamanya Woo Bin!

Monday 24 August 2020

Whisper sinopsis




Lovely,  beautiful...powerful? 

Itu mama aku, Hazel. Dia seorang witch yang pakar dalam bidang herbalist. Kalau nak dibandingkan dengan usianya yang muda, mama is superior than any wizard or witch.  One of the talented witch ever known.

More like Merlin?

Yup.  Dan nama mama begitu dikenali oleh ramai makhluk di dunia magis.  Ramai yang percaya talent mama disebabkan kerana mama pure blood. Means nenek dan atuk kedua-duanya merupakan witch. It runs in the family.

Pure Blood.

But not for long. I mean,  bukan kita yang tulis perkara yang akan berlaku pada masa akan datang,  kan?

So suatu hari,  sehari selepas tarikh lahir mama yang ke-21, mama bertemu dengan ayah.  Its love at the first sight. And cue,  ayah bukan witch macam mama.

Ayah is more to....monster. Like King Uther?  Tapi,  itu atuk dengan nenek yang cakap. Aku tak pernah kenal tentang ayah.

Sebab lepas mama preggy lima bulan,  ayah vanish without trace. Or MIA ( Missing in Action).  Atuk kata ayah dah bosan dengan mama and so,  dia lari. Like a monster he is.

But again...itu atuk yang cakap.

Anyway,  macam drama romantis yang klise,  mama dan ayah jatuh cinta, berkahwin walaupun mendapat tentangan dan beberapa bulan kemudian...

Pop!

Aku pun muncul.

And then all hell broke loose.

Sarcastic,  sassy...sexy? 

yup,  that is me.

Oh, my name?

Shhhhh....Its Whisper. And this is my story.



Sunday 9 August 2020

Wicked Love 37

Seorang gadis melangkah dengan penuh berhati-hati. Seolah-olah dia sedang berjalan melintasi periuk api. Jika tersalah langkah, tubuh dan nyawa berpisah selamanya. Rambut panjangnya yang dilepaskan bebas menutupi hampir seluruh wajah. Sudah dua hari dia menjadi pelajar di Whisper Hollow Academy, tetapi dia masih kekok untuk berbual dengan pelajar lain.

Bunyi hingar pelajar lain menyambut kedatangan gadis itu ke kelas. Perkara biasa apabila ketiadaan tenaga pengajar. Masing-masing bebas mahu melakukan agenda sendiri.

Gadis itu bagaikan invisible apabila pelajar lain langsung tidak mempedulikannya. Sebaik duduk di kerusi, dia mengeluarkan buku teks dari beg sandang. Dia masih belum mempunyai kawan. Sebenarnya, dia takut untuk memulakan perkenalan. Trauma akibat memori lama masih terkesan. Oleh itu, dia lebih senang menyendiri. 

"Hey, morning" Sapa satu suara dengan nada ceria.

Kerusi di hadapan ditarik menghala ke arahnya oleh seorang gadis. Punggung dilabuhkan ke kerusi beserta sebuah senyuman mesra. 

"Mirna, right? Aku Angel. Panggil Ann. Sorry semalam aku tak datang, so tak dapat nak introduce diri. Kau asal mana? Kuasa kau apa?" Soal Angel. Bebola mata birunya bersinar-sinar merenung ke dalam anak mata Mirna.

"Hei, Kau kacau budak baru eh?" Kepala Angel ditunjal dengan jari telunjuk dari tepi.

"Auch, mana ada. Aku perkenalkan diri je. As always, semua orang pun tau aku ni bertanggungjawab orangnya. Jadi, aku kena pastikan kawan baru kita ni selesa berada di sini,"

Mirna tersentak. Kawan? 

Selama ini dia hanya mempunyai spirit sebagai kawan. Tetapi gadis di hadapannya ini memanggilnya sebagai kawan.

"Kau jangan dengar cakap dia ni. Tak boleh pakai punya. Aku Priya, captain netball perempuan. Pelajar terbaik subjek laws." Priya menghulur tangan, mahu bersalam.

Mirna merenung huluran tangan Priya sebelum dia takut-takut menyambut. Angel kemudian cepat-cepat meleraikan pautan tersebut sebelum dia menggantikan tangannya untuk bersalam.

"Eh, kacaulah kau ni" Priya berpura marah. Angel menjelir lidah membuatkan Mirna ketawa.

Hanya seketika sebelum Mirna menekup mulut. Dia takut, andai Angel atau Priya marah kerana dia ketawakan mereka. Tetapi mereka berdua turut ketawa, membuatkan dia lega.

"Kau jangan malu dengan kitorang. Kami okay je, kepala gila-gila. Janji happy." Ujar Priya bagaikan memujuk Mirna.

"Nama penuh kau apa? Ceritalah sikit. Hei, aku dengar kau ada kuasa bercakap dengan spirit eh? Kau dulu duduk kat dunia manusia kan?" Angel menyoal bertubi-tubi. 

"Erm...Mirna. Mirna Eva Lionheart. Ya, saya boleh cakap dengan....spirit" Ujar Mirna perlahan.

"Cool!" Angel dan Priya sama-sama teruja.

Mirna tidak menyangkakan reaksi mereka. Di dunia manusia dahulu semua orang menghindarinya. Mereka mengatakan dia gila, malah ada yang cuba membunuhnya kerana kuasa yang dimiliki. Tetapi mereka?

"Erm...kamu, tak takut?" Soal Mirna.

Angel dan Priya ketawa. Geli hati dengan soalan Mirna. 

"Awwww, you are so cute!" Angel mencubit kedua pipi Mirna. 

Pipi Mirna terasa panas. Dia tidak terbiasa dengan keadaan mesra begitu. 

"Tapi aku rimas dengan rambut kau. Kau tak nak cuba fesyen baru ke. You know what? I know just the perfect shape for you." Priya mencuit-cuit rambut Mirna. 

Mirna tergamam tetapi dia selesa. Sentuhan Priya langsung tidak meyakitkan. Tidak seperti yang biasa diterima olehnya semasa di dunia manusia. Oleh itu, dia hanya diam membiarkan tangan Priya berjalan-jalan di atas kepala.

"Maybe cut sikit die punya bang, pastu kasi layer. Baru nampak sexy sikit sebab muka kau baby face." Angel memberi pendapat. Priya sekadar mengangguk setuju.

Mirna terkebil-kebil. Dia langsung tidak faham dengan segala yang dikatakan oleh kedua orang gadis di hadapannya. 

"Weh, Snow" Angel melambai ke arah pintu kelas. 

Mirna menoleh ke belakang. Seorang gadis sederhana tinggi berjalan merapati meja mereka sebelum duduk di sebelah Mirna.

Terkejut, Mirna mengecilkan diri di kerusi. 

"Kau ok ke, stress kerja." Tanya Angel.

"Biasa je. Cuma ada stok buku baru sampai, so nanti aku kena susun ikut label dan masukkan no siri dalam sistem." Jawab gadis yang dipanggil Snow.

"Snow, ni Mirna. Kami baru decide nak bagi dia haircut baru. So, petang ni macam biasa eh, kita lepak kat hostel." Kata Angel.

Mirna merenung Snow dari ekor mata. Dia tidak tahu puncanya, tetapi setiap kali dia melihat Snow, ada perasaan asing yang muncul di dalam diri. 

Dia terasa dekat dengan Snow, bagaikan mereka mempunyai satu ikatan yang ghaib. Dan satu perasaan halus dan mendesak untuk melindungi Snow.

"Ah, kau baru masuk semalam kan. Sorry tau semalam aku rushing kena pergi library. Tak sempat nak kenalkan diri. Biasalah, pengawas library yang komited macam aku ni memang jadi harapan . Kalau aku takde, jadi tongkang pecah la library tu. By the way, aku Snow. Aku manusia biasa. Tak ada kuasa,"

Bibir Snow mengukir sengihan, menyembunyikan kebenaran yang tersembunyi. Bukan niatnya untuk menyembunyikan kuasa sebenar. Tetapi demi nyawa yang mungkin terancam, ada janji yang tidak dapat dia mungkiri.

"Nama famous Snow ni Mystic. Sebab dia tak suka cerita pasal diri dia. Kalau kau tanya pun dia tak akan jawab. Actually, banyak benda kau tak akan tahu pasal dia,"Priya memberitahu Mirna.

Gadis itu sekadar mengangguk. Snow pula sekadar tersenyum. Betullah tu. Sehingga kini, tiada sesiapa yang tahu perihal dirinya sebagai anak kepada Madam Eloisa. Dia senang begitu dan mahu mengekalkannya.

"Snow, kau rasa okay tak rambut dia buat layer?"Angel meminta pendapat Snow.

"Kau ni, suka hati nak potong rambut orang. Tanya dia dulu, dia nak tak potong rambut?" Snow geleng kepala. 

Dia sudah lama berkawan dengan Angel, makanya dia sudah masak dengan perangai gila-gila rakannya yang seorang ini. 

Mata Mirna terkebil-kebil. Dia tidak tahu mahu berkata ya atau tidak.

"Hey, kalau tak mahu tak apa. Kami tak paksa. Its up to you," Priya memberi jaminan.

Mirna tidak memberikan jawapan, sebaliknya merenung ke arah bahagian kiri. Angel mendekatkan dirinya dengan Mirna. 

"Kau tengah bercakap dengan spirit ke tu?" Dengan nada suspicious, dia menyoal Mirna

Mirna menoleh ke depan. " Erm...."

"Wow...so cool!" Angel menunjuk kedua jari telunjuk ke depan.

" I thought you hate spirit?" Priya mengerutkan dahi.

"Yes, but I like you," Angel menuding Mirna.

Hati Mirna berbunga-bunga. Dia dapat merasakan keikhlasan dalam kata-kata Angel. 

"Sorry Mirna. Angel ni memang senget sikit. Nanti kau jumpa ahli kelab netball yang lain, lagilah macam-macam jenis gila ada." Ujar Priya disambut dengan ketukan di lengannya oleh Angel. 

"So, macam mana? Nak ikut kami hang out ke lepas ni?" Soal Snow.

Mirna memegang rambutnya bagaikan was-was. 

"Jangan takutlah. Kalau kau tak nak, takda maknanya kami nak potong rambut kau. Kitorang pun pergi salon, okay,"Angel ketawa terbahak-bahak disambut oleh Priya dan snow.

Mirna tersenyum sipu. Dia sudah mula membuka dunianya yang tertutup sebelum ini untuk mereka memasukinya. Sama seperti mereka menerima dia seadanya tanpa judgement. 

Keempat-empat mereka tidak menyedari ada sepasang mata yang memerhatikan gelagat mereka dari mula. Madam Eloisa, pengetua Whisper Hollow Academy mengukir senyum nipis. Rancangannya untuk menyatukan mereka semua berjalan dengan baik.

Bebola kristal di atas mejanya dipusing, memadamkan suasana di dalam kelas Snow dan rakan-rakannya tadi. Asap ungu yang masih bersisa di dalam bebola kristal semakin menipis sebelum menghilang dalam sekelip mata.

Madam Eloisa memusingkan kerusi, melihat pemandangan matahari yang semakin terbenam dari tingkap kaca pejabatnya. Tangan kanan diseluk ke dalam baju, mencapai rantai leher yang tersembunyi. Dua bentuk cincin kahwin digenggam erat oleh Madam Eloisa.

Biar waktu terus berlalu, dia tidak mungkin akan lupa misi dan janjinya kepada suami yang kini tidak lagi di sisi. Snow, bukti cinta yang bersemi suatu ketika dahulu menjadi kekuatannya untuk terus berjuang.

"Abang, How I wish you were still here. Snow dah besar sekarang. Dan saya tak lupa tentang sumpahan yang belum terungkai. Saya masih ingat janji kita. Selagi hidup, saya akan buat yang termampu untuk lindungi Snow. I promise, my love" 


-Tamat Wicked Love 2-


Dari kekunci Writer:

Pengembaraan Snow akan bersambung dalam Eternal Love. 😘

Wicked Love 36

Snow mengetuk pintu kabin Ice. Semalaman dia menunggu Ice, namun tiada khabar berita yang diterima daripada lelaki itu.

Perasaan marah Snow mula kendur diganti dengan perasaan risau. Mereka berdua sepatutnya sudah bergerak menuju ke stesen Sky Train pagi tadi untuk menuju ke Negara Angin.

"Ice, awak kat rumah ke? Tolong buka pintu ni." Snow masih menunggu dengan sabar. Kelopak matanya sudah bertakung dengan air panas.

Memang sejak akhir-akhir ini dia perasan kelakuan Ice yang agak dingin. Mungkinkah Ice sudah bosan dan bertindak meninggalkan dirinya?

Snow menggeleng. Tak mungkin Ice akan buat begitu. Dia mahukan penjelasan daripada Ice.

Snow bergerak ke tingkat bawah. Dia mahu ke cafe, mungkin semalam Ice singgah di sana akibat terlalu penat untuk kembali pulang ke kabin.

Snow mengambil langkah seribu menuju ke Cafe House. Namun pencarian Snow berakhir dengan perasaan hampa. Pintu Cafe House masih berkunci dari luar. Malah di dalam cafe juga tiada tanda-tanda dimasuki seseorang.

Snow kemudiannya terduduk memeluk lutut di hadapan pintu cafe. Dia sudah lelah mencari Ice.

"Ice, where are you?"Empangan matanya pecah jua.

Di mana lagi dia mahu mencari Ice?

Ketika hampir putus asa, bunyi desahan kuda menarik perhatian Snow. Kereta kuda yang pemiliknya tidak dikenali oleh Snow melintas laju meninggalkan dirinya. Baru Snow teringat bahawa Ice menyewa kuda untuk ke ladang Encik Henderson semalam.

Mengingatkan itu laju sahaja Snow ke bangsal Remy, pemilik ladang kuda yang menyediakan khidmat kuda sewaan. Ice sering menyewa Bear daripada Remy. Pada tanggapan Snow, mungkin Remy tahu di mana Ice sedang berada.

Tetapi Snow menjadi semakin tertanya-tanya apabila Remy menyatakan dia tidak tahu di mana Ice.

"Sumpah aku tak tipu. Pagi tadi aku nampak Bear dah ada depan kedai. Tapi aku pelik juga sebab Ice tak ada. Dengan tali Bear tak diikatnya. Nasib baik takde orang curi kuda aku ni."

Snow sesak nafas. Apa dah jadi dengan Ice?

Remy pula menjadi serba-salah melihat keadaan Snow.

"Dia tak ada kat rumah, Rem. Kat cafe pun tak ada." Snow bersuara sambil menahan tangis.

Remy menggaru cuping telinga. Lemah betul semangatnya melihat gadis menangis. Hidung, pipi dan mata Snow sudah memerah menandakan gadis itu sudah banyak menangis.

"Kau jangan risaulah. Aku rasa nanti dia balik tu. Kalau aku jumpa dia nanti, aku bagitau kau." Pujuk Remy dengan harapan agar Snow berhenti menangis.

Snow diam seakan berfikir, sebelum menyoal Remy. "Rem, aku nak sewa kuda satu. Aku nak pergi ladang Encik Henderson"

Remy merenung wajah penuh mengharap Snow. Dia menjadi tidak sampai hati pula mahu menolak permintaan Snow.

"Okay, tapi aku tak boleh bagi Bear. Aku pun tak tahulah apa masalah kuda seekor ni. Lain macam je sejak semalam. Nanti aku carikan kuda lain untuk kau. Tunggu sekejap," Kata Remy.

Snow kembali bersemangat. Dia akan mencari Ice sehingga ke lubang cacing.
Harapannya kini ialah bertemu dengan Encik Henderson.


          Ladang Encik Henderson sunyi sepi ketika Snow tiba dengan menunggang kuda sewa milik Remy. Kuda yang diberi nama Sailor itu berhenti di hadapan pintu rumah agam Encik Henderson.

Snow turun dari belakang Sailor, mengikat tali kuda itu di sebatang pokok sebelum berjalan ke pintu utama rumah agam Encik Henderson.

Loceng rumah yang berbentuk besi bulat diketuk beberapa kali oleh Snow.

"Encik Henderson, Pak cik ada kat rumah tak?!" Laung Snow.

Snow cuba meninjau keadaan di dalam rumah, namun pandangannya terhalang oleh langsir tebal yang terpasang di tingkap. Hairan juga, sebab selalunya pada waktu siang hari begini langsir di rumah Encik Henderson akan diselak ke tepi. Snow tahu tentang itu kerana dia sering kali berkunjung ke ladang Encik Henderson ini.

Selepas beberapa lama menunggu, pintu rumahnya dibuka separuh oleh Encik Henderson. Raut wajah Snow yang sembap menyapa penglihatan mata Encik Henderson.

Meskipun begitu, Snow masih cuba menyembunyikan kegelisahan hatinya dengan mengukir senyuman.

"Selamat petang pak cik. Maaf ganggu, saya cuma nak tanya pak cik. Erm, Semalam Ice ada datang tak?"

Encik Henderson menjatuhkan pandangan beberapa saat ke lantai sebelum mengangguk.

Snow menjadi sedikit lega. Bererti Ice ada datang ke sini, makanya pasti Encik Henderson tahu ke mana Ice pergi.

"Oh, okay. Ice ada bagitahu tak ke mana dia pergi? Sebab dia tak balik rumah dari semalam. Dia ada beritahu pak cik apa-apa tak?" Tanya Snow lagi.

Dahi Encik Henderson berkerut seribu. Kepalanya dijegulkan ke luar rumah, melihat keadaan di sekeliling. Lagaknya seperti seorang pesalah.

"Kamu datang sorang?" Tanya Encik Henderson. Pandangannya terhenti pada kuda putih yang ditambat oleh Snow tidak jauh dari kawasan rumah.

"Ya, saya seorang. Erm, Ice ada kat dalam ke?"

Encik Henderson membuka pintu rumahnya, mengisyaratkan agar Snow segera masuk ke dalam.

Sedikit pelik dengan tingkah Encik Henderson, Snow menurut juga isyarat yang diberikan oleh Encik Henderson. Sebaik Snow melangkah masuk, Encik Henderson terus menutup dan mengunci pintu dari dalam.

"Snow..." Encik Henderson merenung tepat ke dalam anak mata Snow dengan wajah keruh.

Snow telan liur. "Kenapa pak cik?"

Encik Henderson kelihatan teragak-agak sebelum membuka soalan.
"Pak cik nak tanya, selama ni kamu tahu tak siapa sebenarnya Ice?"

"Maksud pak cik?" Snow tidak faham.

"Snow, pak cik dah lama kenal kamu. Pak cik faham kau gadis yang macam mana. Tapi, pak cik tak yakin dengan Ice. Sebab itu pak cik tanya, kamu tahu tak tentang diri Ice? Asal-usul dia, keluarga dia?"

Snow tidak senang hati. Benar, dia tidak pernah menyelidik lebih lanjut tentang kehidupan Ice.

"Kenapa pak cik tanya macam tu?"

Encik Henderson mengangguk mengerti. Wajah polos Snow cukup memberikan jawapan kepadanya bahawa Snow benar-benar tidak tahu.

"Mari, ada sesuatu yang perlu kamu tengok dan kamu akan faham maksud pak cik"


***

Tipu.

Semua ini hanyalah penipuan. Impian dan angan-angan yang menjadi permainan tidur semata-mata. Dan kini, dia perlu bangun daripada tidurnya yang lena dan menghadapi realiti.

Snow mahu menjerit marah. Tetapi, kepada siapa?

Kepada insan yang kini sedang terbaring kaku di atas katil Encik Henderson? Yang sedang bertarung antara hidup dan mati?

Aneh, lelaki yang sedang koma di atas katil Encik Henderson ini kelihatan mirip seperti Ice. Cuma yang berbeza ialah kulit Ice yang dikenali Snow tidak putih melepak tetapi agak gelap. Rambutnya hitam, bukan coklat keperangan.

Dan Ice yang dicintainya adalah lelaki kebanyakan, insan biasa yang yatim piatu. Merantau ke negara orang untuk memulakan hidup baru. Bukan Putera Ice, pewaris takhta negara Iceland.

Snow memang tidak mahu percaya, namun dia akhirnya harus menelan segala kepahitan ketika Encik Henderson menunjukkan sehelai kertas iklan daripada kain sutera yang memaparkan detail tentang kehilangan putera Iceland.

Dan gambar yang tertera di dalam iklan itu adalah Ice.

"Saya tak tahu. Sumpah saya tak tahu," Snow terduduk melutut di lantai. Hatinya terasa dirobek-robek di kala ini. Pun begitu dia tidak lepas dari menatap tubuh kaku Ice di atas katil.

Hampir seluruh tubuh Ice berbalut dengan kain putih. Lebam bewarna hijau dan biru melata di seluruh bahagian atas tubuh Ice yang tidak dilapisi selimut.

"Pak Cik percayakan kamu, Snow. Kamu dah macam anak pak cik sendiri. Sebab tu, pak cik tunggu penjelasan dari kamu." Encik Henderson menggeleng kesal.

Snow mengesat air jernih yang mengalir lesu di pipi. " Ini semua tak mungkin kan. Macam mana dia boleh ubah diri?"

"Pak cik percaya, Ice menggunakan ilmu tertentu untuk mengubah fizikalnya. Sesuatu yang orang sebut glamour potion. Macam mana dia boleh dapat potion ni, adalah satu misteri. Pak cik cuma pernah dengar tapi setahu pak cik tiada siapa yang boleh hasilkan potion ni lagi,"
Terang Encik Henderson.

Snow memegang kepala dengan kedua belah tangan. Tempurung kepalanya terasa ingin pecah. Sukar baginya mahu menghadam kebenaran yang baru diketahui olehnya ini.

Encik Henderson yang sedang berdiri di pintu bilik mendekati Snow. Kepala Snow diusap perlahan oleh Encik Henderson.

"Bangkai serigala jadian yang menyerang Ice, ada di dalam bangsal. Kalau pak cik lambat semalam, pasti Ice sudah tak bernyawa. Tapi, tak bererti dia sudah selamat." Encik Henderson mengeluh.

"Snow, perkara antara Snow dengan Ice akan menjadi rahsia pak cik sampai pak cik mati. Itu janji pak cik. Tapi, hubungan korang berdua ini cukuplah sampai di sini."

Snow menoleh ke arah Encik Henderson. Bibirnya menggigil, menahan sebak. Encik Henderson menggenggam kedua belah bahu Snow.

Encik Henderson berdiri perlahan-lahan. "Pak cik dah hubungi keluarga Ice. Maafkan pak cik. Tapi Ice semakin tenat, dia perlukan bantuan perubatan yang lebih baik. Untuk itu, Ice harus pulang ke pangkuan keluarganya. Pak cik harap Snow faham."


***


Snow masih setia menunggu Ice, meskipun keluarga diraja Iceland dalam perjalanan ke ladang Encik Henderson untuk mengambil semula pewaris takhta negara itu.

Dia mahu menghabiskan sisa waktu yang ada untuk bersama dengan Ice untuk kali terakhir, sebelum mereka akan dipisahkan untuk selama-lamanya.

Dia sudah penat menangis. Sakit hatinya memang tidak terperi dirasakan, tetapi dia lebih takutkan kehilangan Ice.

Jari-jemari Snow menjalar ke rambut Ice. Kulit Ice begitu dingin sepertinya lelaki itu terkurung di dalam peti sejuk. Hanya dada Ice yang berombak perlahan, menandakan rohnya masih belum berpisah dari jasad.

"Ice, awak tengah tahan sakit ke? Awak tahan sikit ye, ibu dengan ayah awak dalam perjalanan ke sini. Or, should I say Tuanku Raja dengan Tuanku Permaisuri? Terukkan saya ni. Saya tak tahu macam mana nak address kerabat diraja" Snow senyum hambar.

Baru sekarang dia sedar, bahawa dia memang seorang yang bodoh. Begitu mudahnya dia jatuh cinta tanpa mengetahui lebih lanjut tentang diri Ice.

"Saya maafkan awak. Saya tak marah kalau selama ni awak cuma mainkan perasaan saya. Saya anggap semua ni karma sebab saya pun tak jujur dengan awak selama kita bersama." Snow meletakkan kepalanya perlahan-lahan ke dada Ice. Kedua tangannnya merangkul pinggang Ice.

"Banyak perkara yang awak tak tahu pasal saya. Saya bukan anak yatim, Ice. Saya juga bukan manusia biasa," Snow mengemaskan pelukan di tubuh Ice.

"Saya nak berterus-terang. Tapi dah terlambat. Sebab semuanya dah tak bermakna lagi untuk awak tahu. Betul cakap Pak Cik Henderson, hubungan kita perlu berhenti sampai di sini." 

Snow mengangkat kepala dari tubuh kaku Ice. 

"Terima kasih sebab ajar saya tentang perasaan ini. Dan saya janji akan terus cari awak pada bintang di langit malam. Saya sayangkan awak Ice, sangat-sangat"

          
          Pagar kayu yang menempatkan Wishing Well ditolak perlahan oleh Snow. 
Dengan langkah yang lemah, kakinya diatur menuju ke perigi sakti tersebut. 

Snow mengeluarkan sekeping coin dari dalam poket seluar. Coin silver di tangannya bersinar-sinar apabila dipanah oleh cahaya bulan. 

"Wishing Well, saya nak buat permintaan," Snow membaling coin tersebut ke dalam perigi. Perlahan-lahan coin tersebut tenggelam ke dasar perigi yang gelap.

"Saya harap...Ice akan sembuh. Saya harap Ice dan saya tak pernah berjumpa. Saya harap, Ice tak akan ingatkan saya dan hubungan kami. Saya harap, hidup dia akan lebih baik selepas ini. Tolong....tunaikan permintaan saya." Snow memegang batu-bata yang menjadi tempat takungan perigi Wishing Well.

"Tolonglah....sesiapa sahaja...tolong tunaikan permintaan ni." 

Snow merebahkan punggung di dinding perigi. Dia sudah putus asa, tidak tahu bagaimana untuk membantu Ice lagi. Kata Pak Cik Henderson, keberadaan Ice perlu dirahsiakan sehingga keluarga diraja Iceland tiba.

Lagi pula, tiada apa yang mampu mereka lakukan bagi membantu Ice meskipun dihantar ke hospital. Keadaan Ice susah nazak. Hanya menanti masa untuk kembali ke dunia kematian. 

Snow mengerdipkan mata berulang kali. Bebola cahaya kecil seperti salji yang turun menggamit perhatiannya.

"Master," Satu suara kecil memanggil.

Snow mengesat sisa air mata yang bertakung. Bulu romanya mencanak naik tiba-tiba. Dia memerhatikan sekeliling kawasan. 

Sunyi. Di kawasan perkampungan begini memang jarang ada yang mahu keluar di lewat malam begini.

"Master," 

Snow menoleh perlahan-lahan ke kiri. Bebola matanya bagai dipaku apabila terpandang sesuatu yang aneh. Dia menjerit apabila melihat buih jernih yang terapung. Bukan satu, bukan juga dua, tapi begitu banyak sehingga memenuhi kolam Wishing Well. 

"Master," Suara itu memanggil lagi. Tetapi kali ini Snow melihat seorang perempuan cantik dengan saiz sebesar ibu jari di dalam Wishing Well.

"Kkau ni siapa?" Snow pantas berdiri, hampir-hampir dia tersadung ke tanah akibat terkejut.

"Master, it is I. Lilith, the queen of water nymph. Kami dah datang, menyahut seruan Master. "

Snow bingung, tidak mengerti meskipun gadis cantik di dalam Wishing Well mempamerkan senyuman. 

"Apa?" 

"Kami sedia memenuhi permintaan, Master,"

***

Seminggu sudah berlalu sejak Ice diambil pulang ke Iceland. Bagi menjaga nama baik keluarga diraja Iceland, Encik Henderson dipaksa menandatangani sebuah surat perjanjian agar berita tentang Ice tidak dihebahkan atau Encik Henderson akan menanggung akibat yang sangat serius.

Kata Encik Henderson, dia hanyalah seorang lelaki tua, tiada kepentingan di dalam hidup melainkan ingin menghabiskan sisa hidup dengan aman damai. Dia tidak berminat mahu menjual cerita mengenai pewaris takhta itu.

Malah, bangkai serigala jadian yang berjaya dibunuhnya itu diserahkan kepada keluarga diraja itu dengan senang hati.

"Nampak seperti anda semua sudah cukup ramai musuh. Saya tidak mahu membuang masa dengan menjadi salah seorang daripada mereka," Ejek Encik Henderson.

Dia sebenarnya geram dengan sikap bongkak keluarga diraja itu. Benarlah seperti omokan orang, keluarga diraja Iceland semuanya bersikap sombong dan memandang rendah penduduk dari negara lain. Daripada keluarga diraja sehingga rakyat kebanyakan, sama sahaja sikap mereka.

Sempat dia berpesan, agar keluarga diraja itu menjaga pewaris takhta mereka dengan lebih baik.

"Siapa tahu, entah kerosakan apa lagi yang bakal dilakukan olehnya," Ujar Encik Henderson secara berselindung. Dia kasihan pada Snow.

Bayaran emas yang ditawarkan oleh keluarga diraja itu ditolak mentah-mentah oleh Pak Cik Henderson. Padan sahaja Snow tidak berjodoh dengan Ice.

Rasa benci mula terselit di dalam hati Pak Cik Henderson. Mujur Ice sudah kaku bertarung maut. Jikalau tidak, lunyai pemuda itu dibelasah olehnya. 

Snow, Gadis itu terlalu baik untuk disakiti  sebegini.

Encik Henderson duduk di sebelah Snow yang ralit merenung ke arah ladangnya yang menghijau. Sejak pemergian Ice, Snow seperti patung bernyawa. Hari-hari jika tidak menangis di dalam bilik, pasti dia akan duduk di beranda sambil termenung jauh.

Encik Henderson tidak membenarkan gadis itu tinggal di kabin sewanya. Manalah tahu jika Snow tiba-tiba terdetik mahu membunuh diri. Orang yang kecewa ini bukan boleh dijangka fikiran mereka.

"Saya akan pergi dari sini. Terlalu banyak memori dengan dia kat sini. Saya tak boleh teruskan hidup selagi saya ada kat sini," Ujar Snow perlahan.

Encik Henderson tidak terkejut. Dia sudah mengagak akan perkara itu. Bagasi Snow yang tersedia di depan pintu ruang tamu sudah cukup untuk menjelaskan kepada Pak Cik Henderson.

"Boleh pak cik tahu, ke mana kamu akan pergi?"

Pak Cik Henderson tidak terkilan. Dia faham andai Snow membuat keputusan seperti inj. Hanya dia agak keberatan untuk melepaskan Snow yang sudah dianggap bagai anak sendiri.

"Tak. Saya rasa lebih baik macam tu." Geleng Snow.

"Kamu tak nak cakap selamat tinggal pada Puan Mona dengan Maria?" Tanya Encik Henderson.

Snow menggeleng lagi. "Kalau mereka tanya, cakap je pak cik tak tahu. Itu lebih baik."

"Kalau itu keputusan kamu, siapalah pak cik ni untuk menghalang. Cuma yang pasti, rahsia kamu dengan Ice akan pak cik bawa sampai mati," Janji Encik Henderson.

"Terima kasih, pak cik"

"Tapi dengan syarat. Snow kena janji dengan pak cik. Janji yang kamu akan okay,"Pinta Encik Henderson.

Snow mendongak, melihat taburan bintang yang bersepahan di dada langit. 

'If you miss me, Just look at the star. And I'll be there'

Bisikan suara Ice terngiang di cuping telinga. 

"I will," Akhiri Snow.

Saturday 6 July 2019

Wicked Love 35

Snow lihat jam di pergelangan tangan. Sudah lewat dua jam, dan Ice masih belum pulang dari ladang Encik Henderson. Cafe House akan ditutup selama dua minggu mulai esok, kerana Maria akan melangsungkan perkahwinan dengan tunangannya.

Perkahwinan kedua mempelai akan diadakan di tempat asal tunang Maria iaitu di Negara Angin. Maka Puan Mona memberi kebenaran kepada Snow dan Ice untuk bercuti dan sama-sama menghadiri hari bahagia Maria. Puan Mona juga sebenarnya mahu mengambil kesempatan untuk ke Negara Angin kerana dia tidak pernah ke negara itu.

"Puan Mona ikut saya sekali kan malam ni?" Maria inginkan kepastian daripada Puan Mona.

Kalau ikut perancangan, mereka akan berangkat ke Negara Angin dengan Sky Train malam ini. Snow dan Ice pula akan bergerak pada awal pagi esok. 

"Of course darling. "Balas Puan Mona. Dua buah bagasi besarnya sudah tersedia di rumah. Tidak sabar rasanya mahu ke negara angin dan melihat Maria dalam gaun perkahwinan. "Lepas ni Snow dengan Ice pula,"

Merah padam wajah Snow. Dia pura-pura tak mendengar sedangkan Maria sudah ketawa mengilai.

"Eh, lambat pula Ice," Maria menjenguk ke hujung jalan melalui cermin dinding kaca cafe. 

"Agaknya sebab hujan tadi, jadi dia berteduh di mana-mana," Ujar Puan Mona. 

Cafe sudah siap dikemas dan mereka kini ingin berangkat pulang. Selepas mengambil beg, Puan Mona dan Maria akan bergegas ke stesen Sky Train.

"Snow, kau nak balik sekali ke nak stay dulu?" Tanya Maria.

"Saya stay boleh? Nak tunggu Ice." Snow meminta izin daripada Puan Mona. 

"Balik dululah. Kan Ice dah pesan kat kau jangan tunggu dia kat cafe." Cadang Maria. 

"Betul juga. Lagipun, sekarang ni kan tengah panas pasal binatang buas yang sedang berkeliaran di kawasan Greentown village ni. Bahaya kalau awak tinggal seorang di sini," Puan Mona menyokong kata-kata Maria.

Dua hari lepas, kecoh di Goldcrest Village mengenai ladang ternakan seorang petani yang diserang binatang buas. Hampir 50 ekor kambing biri-birinya ditemui mati dengan kesan dimakan.

"Tapi, sebelum ni tak ada pula kes macam ni. Kat sini ada binatang buas ke Puan Mona?" Maria tidak percaya dengan cerita tersebut. 

Pasti ada budak-budak nakal, ataupun pengunjung dari luar yang membuat onar. Sebelum ini penduduk di Goldcrest hidup aman damai. Berita tentang binatang buas juga tidak pernah kedengaran.

"Entahlah. Saya pun tak pasti. Tapi, kata mereka yang lebih berpengalaman, memang nampak kesan dimakan binatang." Puan Mona memberitahu Maria perkara yang didengarinya daripada mulut orang.

Dia bukanlah penternak, manalah dia tahu tentang kesan serangan binatang buas. Tapi kalau dah begitu yang dikatakan orang yang lebih pakar, maka begitulah.

"Kat sini mana ada kambing biri-biri. Takkanlah binatang buas nak datang kat cafe ni" Snow berkeras mahu menunggu.

Puan Mona mengeluh. Kadang-kadang kedegilan Snow memang tak boleh dibawa bincang.

"ok, tapi janji jangan lupa kunci cafe dari dalam." Puan Mona menghulurkan segugus kunci kepada Snow.

Maria juga beralah. Kalau dia bertekak dengan Snow, nanti mereka akan ketinggalan Sky Train pula. 

"Kami pergi dulu, Snow. Jumpa nanti di sana tau." Pesan Maria. Jaket luarnya disarung ke tubuh.

Snow sekadar mengangguk, menghantar Maria dan Puan Mona sehingga ke pintu cafe. Tunangan Maria sudah menunggu di dalam kereta yang diletakkan di hadapan cafe.

Sebaik Maria menghampiri, lelaki itu dengan gentleman membukakan pintu untuk Maria serta Puan Mona. Sempat lagi dia melambai ke arah Snow yang tercongok di depan pintu.

Snow membalas lambaian tunangan Maria tersebut sebelum menutup pintu cafe. Kereta tunangan Maria membelah jalan, meninggalkan Snow sendirian di dalam Cafe House. Di luar, cuaca yang semakin membuatkan hati Snow kian resah. 
Snow duduk di sebuah kerusi yang menghadap ke lorong menuju kawasan pekan. Kalau Ice pulang nanti, dia akan melalui jalan itu.

Snow terus menopang dagu sambil anak matanya terus merenung ke hujung lorong, mengharapkan agar Ice segera muncul. 

"Ice, where are you. Cepatlah balik," 

***

Ice menepuk-nepuk badan Bear, kuda yang disewa untuk ke ladang Encik Henderson. Kuda tersebut merengus, sesekali mendesah bagaikan resah.

Ice melompat turun dari belakang badan Bear. Kuda ini seringkali disewa olehnya setiap kali ingin ke ladang Encik Henderson. Tetapi hari ini dia terlewat pulang, terkandas di ladang Encik Henderson akibat hujan yang turun mencurah-curah.

Batang kayu besar yang tumbang di hadapannya ditenung oleh Ice. Pelik sebab ketika dia datang tadi tiada pula batang pokok besar yang menghalang jalan. Malah, petir pun tiada andai kata batang pokok ini tumbang dipanah petir.

Ice memerhatikan ke sekeliling kawasan yang suram, hanya ada pokok-pokok hutan dan sebuah lorong kecil yang jarang digunakan orang. 

Boleh sahaja dia melalui lorong kecil tersebut untuk pulang ke Goldcrest, tetapi masih berbahaya memandangkan sekarang keadaan semakin gelap.  

Ice berkira-kira sama ada mahu melalui lorong kecil tersebut atau tidak. Fikirannya mula teringat kepada Snow. Pasti gadis itu masih menunggu di cafe. Rasa rindu mula membuak di hati Ice.

Entah mengapa, dia terasa ingin menemui Snow. Dia mahu memeluk Snow, menghidu bau wangian rambut Snow dan memberitahu Snow bahawa betapa dia sangat sayangkan gadis itu.

Ice nekad, dia akan melalui lorong kecil tadi. Dia mahu segera kembali ke pangkuan Snow. Ice memanjat kembali belakang Bear. Tali yang mengikat kepala Bear dihalakan ke arah lorong kecil yang menuju jalan pulang ke Goldcrest.

Bear mendesah, enggan mengikut arah jalan yang ditunjukkan oleh Ice. Selepas beberapa kali dipaksa, Bear akhirnya menurut arahan Ice, tetapi langkahannya begitu perlahan.

Ternyata Bear naluri Bear lebih halus, kerana ada sesuatu sedang menunggu kedatangan Ice dengan penuh sabar di dalam lorong tersebut.

Dalam keadaan sedikit kabus, Ice melihat satu bayangan besar menghala ke arahnya. Tanpa sebarang pamitan, Bear tiba-tiba mendesah, melambungkan tubuh Ice yang berada di belakangnya.

Sukar mengawal Bear, Ice pantas melompat turun ke tanah dan menjauhi Bear. Kuda tersebut berpaling semula ke belakang dan mengorak langkah seribu.

Suara ketawa berkumandang sebaik Ice menegakkan diri. Seorang lelaki muncul dan tersengih ke arah Ice. Jaket kulit bewarna hitam dan seluar khaki berjenama yang dipakainya menunjukkan dia bukan penduduk dari Goldcrest. Barangkali salah seorang pengunjung yang datang.

Ice dapat merasakan aura tidak enak terpancar daripada pemuda di hadapannya. 

"Its nice to see you, Prince,"

Ice kehilangan kata-kata. Lelaki di hadapannya ini, tahu tentang identiti sebenarnya?

***

Tok! Tok!

Bunyi ketukan di cermin membuatkan Snow terlompat di atas kerusi. Snow memejam celikkan matanya beberapa kali. Entah bagaimana dia boleh tertidur di meja cafe. 

Tok! Tok! 

Snow menoleh ke arah pintu cafe. Pak Cik Junior, lelaki tua yang boleh dikira sebagai penghulu di Goldcrest berdiri di luar pintu. Beberapa orang lelaki turut bersama dengannya sambil membawa lampu tanah.

Snow bingkas bangun dan membuka pintu cafe. Sempat dia melihat jam di tangan. Sudah pukul dua pagi. Bererti sudah enam jam dia menunggu Ice di cafe.

"Pak cik, ada apa ramai-ramai ni?" 

"Pak Cik yang patut soal kamu. Kenapa kamu masih di sini? Bukankah pak cik dah keluarkan arahan agar tiada sesiapa yang berkeliaran di luar rumah pada waktu malam? Kalau kamu diserang binatang buas bagaimana?" Pak Cik Junior memulakan mukadimah.

Luruh jantungnya tatkala melihat Snow sedang tidur sendirian di dalam cafe. Tidak sepatutnya gadis seperti Snow berada di luar rumah lewat pagi begini.

Snow menggaru kepala lantas meminta maaf. "Saya tunggu Ice, pak cik." 

"Lah, entah-entah esok baru dia pulang ke sini. Kamu pun tahukan cuaca sekarang asyik hujan. Kalau nak tunggu, di rumah pun boleh. Sudah, mari pak cik semua temankan kau balik." Pak Cik Junior menggeleng kesal dengan kedegilan Snow.

Sebagai penghulu di Goldcrest ini, dia bertanggungjawab akan keselamatan semua penduduk di sini. Dan dia sangat tidak suka pada orang yang melanggar usahanya untuk cuba menyelamatkan nyawa.

Dalam keterpaksaan, Snow terpaksa menurut. Rasa geram dan risau menjadi adunan sebati di dalam hati Snow. Sampai hati Ice tidak pulang, membiarkan dia menunggu keseorangan di cafe.

Selepas Snow mengunci pintu cafe, Pak Cik Junior dan rakan-rakannya menghantar Snow sehingga ke tempat penginapan. 

"Lain kali jangan buat begini lagi. Selagi kes binatang buas ini tidak selesai, jangan keluar rumah malam-malam, mengerti?" Pak Cik Junior memarahi Snow. Dia memang sedikit garang orangnya. 

Snow sekadar mengangguk. Pak Cik Junior dan rakan-rakannya meninggalkan Snow untuk memulakan kerja pencarian mencari binatang buas yang mungkin berkeliaran di Goldcrest.

Snow bungkam. Sudahlah Ice tidak balik, percuma lagi kena bebel dengan Pak Cik Junior. Snow memegang dada yang terasa sakit.

Kenapa jantungnya berdebar?

***

Srap!

Lolongan serigala jadian bergema nyaring. Pedang ais bercahaya biru merobek isi dadanya menembusi ke jantung. Darah merah kehitaman memancar keluar ibarat paip pecah daripada tusukan pedang tersebut, menamatkan riwayat serigala jadian tersebut dengan serta-merta.

"Arghhh!!!" Ice menarik pedangnya ke belakang dengan sekuat tenaga, menjauhkan diri beberapa tapak daripada serigala jadian yang sudah maut.

Cak!

Pedang Ice tertusuk ke dalam tanah. Kedua lututnya mencecah bumi, sambil sebelah tangan memegang perutnya yang terkena cakaran kuku serigala jadian.

Dengan sisa tenaga yang tinggal suku, tapak tangannya mengeluarkan ais yang menutup tempat kecederaan. Ice cuba menghentikan pendarahan yang berlebihan. Namun, bisa daripada torehan kuku serigala jadian tadi begitu cepat menjalar ke dalam tubuh. Menggeletar badan Ice menahan kesakitan.

Empat ekor serigala jadian yang menyerangnya sudah kaku menjadi mayat.
Namun ternyata perjuangan Ice tidak habis di situ. Bebola matanya menyoroti langkah seekor lagi serigala jadian yang muncul dari dalam semak tebal. Lagaknya meyakinkan Ice, bahawa pertempurannya dengan dua ekor serigala jadian tadi hanyalah semi-final.

Ice meludah air liur yang bercampur darah ke tanah. "Siapa...hantar kau?" 

Ice tahu penyerangnya ini merupakan rogue, iaitu serigala yang tidak diterima dalam sesebuah pack. Perkara itu dapat dipastikan dengan jelas hanya dengan melihat warna mata mereka. Kebiasaannya Rogue atau serigala jadian liar mempunyai mata yang merah. Mereka boleh dikatakan sebagai serigala gila.

Hal itu menghuraikan taktik serangan gerila yang dilancarkan terhadap Ice tadi.  Bermakna sesiapa pun lelaki jelmaan di hadapannya ini, tidak dihantar oleh pakatan werewolf. 

Jadi, siapakah yang mahu menamatkan riwayatnya? Dan yang lebih penting, bagaimana identitinya boleh diketahui?


Menyedari strategi penyerangnya, Ice menubuhkan benteng daripada ais beku sebanyak lapan lapisan. Perkiraan Ice sia-sia kerana dengan mudah bentengnya dicerobohi oleh serigala jadian.

Ice tercampak jauh ke tepi. Tubuhnya terseret dan berguling beberapa kali, melantun-lantun di atas tanah yang tidak rata sehingga pedang di tangannya terlepas agak jauh.

Tak!

Kepala Ice terhentak kuat pada sebuah batu. Ice merasakan kesakitan yang amat sangat di bahagian kepala. Sehabis daya dia cuba untuk bangun, namun usahanya sia-sia. Otot jari-jemarinya tidak mampu digerakkan. Saraf di dalam badan seolah-olah menjadi lumpuh.

Sementara itu serigala jadian melolong, meraikan kejayaannya menumpaskan pewaris Iceland. Lolongannya begitu kuat dan menggerunkan. Seandainya ada manusia biasa yang mendengar, bisa merosakkan gegendang telinga.

Rakus mengejar ganjaran yang ditawarkan, serigala jadian terakhir tadi berlari laju menerkam ke arah Ice. Ternyata dia tidak akan dapat bertemu dengan Snow untuk kali terakhir.

Dia akan pergi meninggalkan dunia ini dengan membawa cinta Snow. Tanpa sempat dia memberitahu gadis itu tentang rahsia identitinya yang sebenar. Tanpa sempat dia membina keluarga bersama gadis itu seperti yang selalu diimpikannya.

Snow, I'm sorry. Saya sayang awak, sangat-sangat.

Ice memejamkan mata, reda andai dia ditakdirkan mati malam ini. Dua saat kemudian tubuh Ice akhirnya menjadi kaku.

Serigala jadian membuka rahangnya luas-luas, menampakkan taringnya yang bersinar dek kerana tempias cahaya bulan. Air liurnya menitis-nitis ke tanah, bersedia untuk memisahkan kepala Ice daripada badan yang akan diserahkan kepada orang yang telah mengupahnya nanti sebagai trofi.





Mirna 9

"Here is the plan. Untuk mengaburkan mata orang ramai di sini, saya akan jadi ayah awak berdua. Kita datang ke sini untuk bercuti selep...